Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(a)
membuat untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran;
(b)
menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewakan apa-apa salinan langgaran;
(c)
mengedarkan salinan langgaran;
Hak Cipta 85
(d)
ada dalam milikannya, jagaan atau kawalan, bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik, apa-apa salinan langgaran;
(e)
dengan cara dagangan mempamerkan pada awam apa-apa salinan langgaran;
(f)
mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada bagi kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran;
(g)
membuat atau ada dalam milikannya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran;
(h)
memintas atau menyebabkan atau membenarkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan yang disebut dalam subseksyen 36A(1);
(ha) membuat, mengimport, menjual atau menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan, mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan apa-apa teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3);
(i)
membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik yang disebut dalam seksyen 36B tanpa kebenaran;
(j)
mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau menyampaikan kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran; atau
(k)
menyediakan atau berkongsi akses ke suatu lokasi dalam talian apa-apa karya atau salinan karya kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran, melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk
86
Undang-Undang Malaysia mengagakkan bahawa hak cipta atau hak pelaku akan atau mungkin dilanggar, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(i)
dalam hal kesalahan di bawah perenggan (a) hingga (f),
*didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya **didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;
(ii)
dalam hal kesalahan di bawah perenggan (g) dan (ha),
***didenda tidak kurang daripada empat ribu ringgit dan tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya †didenda tidak kurang daripada lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada lapan puluh ribu ringgit bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya;
(iii)
dalam hal kesalahan di bawah perenggan (h), (i), (j) dan (k), didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi ††lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi
†††sepuluh tahun atau kedua-duanya.
*CATATAN—Dahulunya “denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003
[Akta A1195].
**CATATAN—Dahulunya “denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan)
2003 [Akta A1195].
***CATATAN—Dahulunya “denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan)
2003 [Akta A1195].
†CATATAN—Dahulunya “denda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan)
2003 [Akta A1195].
††CATATAN—Dahulunya “tiga tahun”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].
†††CATATAN—Dahulunya “lima tahun”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].
Hak Cipta 87
(2)
Bagi maksud perenggan 1(a) hingga (f), mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya tiga atau lebih salinan langgaran sesuatu karya atau rakaman dalam bentuk yang sama, hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dianggap memiliki atau mengimport salinan tersebut bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian atau domestik.
(3)
Mana-mana orang yang menyebabkan sesuatu karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem dipertunjukkan di hadapan awam, melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengagakkan bahawa hak cipta akan atau mungkin dilanggar.
(4)
Jika sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau bermaksud untuk bertindak dalam apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pengkompaunan kesalahan