Malaysia legislation
Section 41A
Seksyen 41A
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
88
Undang-Undang Malaysia
(2)
Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal, boleh melucuthakkan atau memulangkan apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengawal, Timbalan
Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengawal di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Hak Cipta 89
Afidavit boleh diterima dalam keterangan