Malaysia legislation

Section 43A

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 43A

Kesalahan berhubungan dengan antirakaman kamera

(2)

Mana-mana orang yang bersalah atas cubaan untuk melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—



*CATATAN—Dahulunya “denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit”–lihat Akta Hakcipta

(Pindaan) 2003 [Akta A1195].

**CATATAN—Dahulunya “tiga tahun”–lihat Akta Hakcipta (Pindaan) 2003 [Akta A1195].

Hak Cipta 91

“alat perakam pandang dengar” ertinya apa-apa alat yang berkebolehan untuk merakamkan atau memancarkan filem atau mana-mana bahagiannya;

“bilik penayangan” ertinya mana-mana tempat yang digunakan untuk mempamerkan atau menayangkan filem.

BAHAGIAN VIAA

TEKNOLOGI PENSTRIMAN

Kesalahan berhubungan dengan teknologi penstriman

43AA. (1) Tiada seorang pun boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan—

(a)

membuat suatu teknologi penstriman untuk dijual atau disewakan;

(b)

mengimport suatu teknologi penstriman;

(c)

menjual atau menyewakan, menawarkan, mendedahkan atau mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan suatu teknologi penstriman dalam perjalanan urusan;

(d)

mengedarkan suatu teknologi penstriman bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau

(e)

menawarkan kepada orang awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan teknologi penstriman.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

92

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “teknologi penstriman” termasuklah program komputer, alat atau komponen yang digunakan sebahagiannya atau secara keseluruhannya yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta dalam sesuatu karya.

BAHAGIAN VIB

PENGEHADAN TANGGUNGAN PEMBERI

PERKHIDMATAN

Tafsiran