Malaysia legislation
Section 43D
Seksyen 43D
(a)
daripada suatu salinan elektronik karya yang tersedia di suatu rangkaian pemula;
(b)
melalui suatu proses automatik;
Hak Cipta 95
(c)
tindak balas kepada suatu tindakan oleh pengguna rangkaian utamanya; atau
(d)
bagi memudahkan capaian efisien kepada karya oleh seseorang pengguna:
Dengan syarat bahawa—
(A)
pemberi perkhidmatan tidak membuat apa-apa pengubahsuaian substantif, selain pengubahsuaian yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses teknikal, kepada kandungan salinan elektronik semasa pemancaran salinan itu kepada pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
dan
(B)
pemberi perkhidmatan memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri berhubungan dengan—
(i)
capaian kepada salinan elektronik oleh pengguna rangkaian utamanya atau rangkaian lain;
(ii)
penyegaran semula, muatan semula atau pengemaskinian salinan elektronik itu; dan
(iii)
ketiadaan gangguan terhadap teknologi yang digunakan di rangkaian pemula untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan apa-apa karya di rangkaian pemula, yang merupakan teknologi yang konsisten dengan standard industri di Malaysia.
(2)
Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43H.
Storan dan peralatan lokasi maklumat