Malaysia legislation

Section 43E

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 43E

(a)

salinan elektronik karya itu distor atas arahan seorang pengguna rangkaian utama;

(b)

pemberi perkhidmatan merujukkan atau memautkan seorang pengguna kepada suatu lokasi atas talian di rangkaian pemula di mana salinan elektronik karya itu menjadi tersedia dengan penggunaan peralatan lokasi maklumat seperti hiperlink atau direktori, atau suatu perkhidmatan lokasi maklumat seperti suatu enjin pencari, jika—

(i)

pemberi perkhidmatan—

(A)

tidak mempunyai pengetahuan sebenar bahawa salinan elektronik karya atau aktiviti itu ialah suatu langgaran; atau

(B)

dalam ketiadaan pengetahuan sebenar, tidak sedar akan fakta atau hal keadaan yang daripadanya aktiviti langgaran itu ternyata;

(ii)

pemberi perkhidmatan tidak menerima apa-apa faedah kewangan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya yang berlaku dalam, atau dalam urusan, menjadikan karya elektronik itu tersedia di rangkaian utamanya atau rangkaian lain, dan bahawa pemberi perkhidmatan itu tidak mempunyai hak dan keupayaan untuk mengawal aktiviti langgaran itu;

dan

(iii)

apabila pemberitahuan mengenai apa-apa pelanggaran di bawah seksyen 43H diterima, pemberi perkhidmatan memberikan tindak balas dalam masa yang ditentukan untuk menyingkirkan atau melumpuhkan capaian kepada bahan yang didakwa sebagai pelanggaran atau hal perkara aktiviti pelanggaran.

(2)

Dalam menentukan sama ada sesuatu faedah kewangan boleh dikaitkan secara langsung dengan pelanggaran hak cipta dalam karya, mahkamah hendaklah mengambil kira—

Hak Cipta 97

(a)

amalan perindustrian berhubungan dengan pengenaan bayaran bagi perkhidmatan oleh pemberi perkhidmatan;

(b)

sama ada faedah kewangan itu adalah lebih besar daripada faedah yang biasanya terhasil daripada pengenaan bayaran menurut amalan perindustrian yang sudah diterima; dan

(c)

apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh mahkamah.

(3)

Pemberi perkhidmatan tidaklah bertanggungan di bawah seksyen ini jika pemunya hak cipta atau ejennya tidak memberikan apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen 43H.

Pengecualian pemberi perkhidmatan daripada tanggungan bagi penyingkiran salinan atau aktiviti lain daripada rangkaian