Malaysia legislation

Section 43F

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 43F

Undang-Undang Malaysia

(a)

penyingkiran salinan elektronik karya daripada rangkaian utamanya; atau

(b)

pelumpuhan capaian kepada salinan elektronik karya di rangkaian utamanya atau rangkaian lain.

(2)

Apabila salinan elektronik karya telah disingkirkan atau dilumpuhkan capaiannya di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan hendaklah memberitahu, setakat yang boleh dilaksanakan, orang yang telah menyediakan salinan elektronik itu mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan dan melampirkan dengannya suatu salinan pemberitahuan yang diterimanya menurut subseksyen 43H(1).

(3)

Walau apa pun apa-apa yang bertentangan, jika—

(a)

akibat daripada penyelesaian antara pemunya hak cipta karya dengan orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu, pemberi perkhidmatan menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana pihak untuk mengembalikan salinan

98

Undang-Undang Malaysia elektronik itu di rangkaian atau mengembalikan capaian kepada salinan itu; atau

(b)

orang yang menyediakan salinan elektronik karya itu telah dihakimi oleh mana-mana mahkamah atau tribunal sebagai pemunya hak cipta karya itu yang sah, pemberi perkhidmatan hendaklah, setakat yang boleh dilaksanakan—

(A)

mengembalikan salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya; atau

(B)

mengembalikan capaian kepada salinan elektronik karya itu di rangkaian utamanya atau rangkaian lain:

Dengan syarat bahawa pemberi perkhidmatan itu dilengkapi dengan dokumentasi yang sepatutnya berhubungan dengan penyelesaian antara pihak-pihak atau penghakiman atau keputusan mahkamah atau tribunal itu.

(4)

Pemberi perkhidmatan tidak boleh dikira sebagai telah membenarkan pelakuan apa-apa perbuatan yang melanggar hak cipta di bawah Akta ini semata-mata oleh sebab pemberi perkhidmatan memberikan kemudahan yang telah digunakan oleh seseorang untuk melakukan perbuatan langgaran itu.

Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan

Section 43F — COPYRIGHT ACT 1987 | mylaw.my