Malaysia legislation

Section 43H

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 43H

(2)

Pemberi perkhidmatan yang telah menerima pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyingkirkan atau melumpuhkan apa-apa capaian kepada salinan elektronik yang melanggar itu di rangkaiannya tidak lewat daripada empat puluh lapan jam dari masa pemberitahuan itu diterima.

(3)

Orang yang salinan elektronik karyanya telah disingkirkan atau capaian kepadanya telah dilumpuhkan menurut subseksyen (2) boleh mengeluarkan kepada pemberi perkhidmatan suatu pemberitahuan balas mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri, menghendaki pemberi perkhidmatan itu mengembalikan salinan elektronik itu atau capaian kepadanya di rangkaian utama pemberi perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa orang itu hendaklah mengaku janji untuk memampasi pemberi perkhidmatan atau mana-mana orang lain bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau tanggungan yang berbangkit daripada pematuhan pemberitahuan balas itu oleh pemberi perkhidmatan.

100

Undang-Undang Malaysia

(4)

Pemberi perkhidmatan hendaklah—

(a)

apabila diterimanya suatu pemberitahuan balas, dengan segera memberi pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) suatu salinan pemberitahuan balas itu dan memberitahu pengeluar itu bahawa bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepada bahan tersebut akan dikembalikan dalam tempoh sepuluh hari bekerja; dan

(b)

mengembalikan bahan yang disingkirkan itu atau capaian kepadanya tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja berikutan penerimaan pemberitahuan balas itu, melainkan jika pemberi perkhidmatan telah menerima suatu pemberitahuan lain daripada pengeluar pemberitahuan di bawah subseksyen (1) bahawa dia telah memfailkan tindakan memohon perintah mahkamah untuk menahan pengeluar pemberitahuan balas di bawah subseksyen (3)

daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti pelanggaran berhubungan dengan bahan di rangkaian pemberi perkhidmatan.

(5)

Pemberitahuan balas hendaklah dikeluarkan kepada ejen yang ditetapkan bagi pemberi perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

tandatangan fizikal atau elektronik pelanggan;

(b)

pengenalan bahan yang telah disingkirkan atau yang kepadanya capaian telah dilumpuhkan dan lokasi di mana bahan itu muncul sebelum ia disingkirkan atau capaian kepadanya dilumpuhkan;

(c)

pernyataan di bawah hukuman sumpah bohong bahawa pengeluar dengan suci hati mempercayai bahawa bahan itu disingkirkan atau dilumpuhkan daripada kesilapan atau salah pengenalan bahan yang akan disingkirkan atau dilumpuhkan itu; dan

(d)

nama, alamat, nombor telefon pengeluar dan pernyataan bahawa pengeluar bersetuju kepada bidang kuasa mahkamah tempat terletaknya alamat itu, atau jika alamat pengeluar adalah di luar Malaysia, di mana pemberi perkhidmatan

Hak Cipta 101

boleh dijumpai, dan bahawa pelanggan akan menerima penyampaian proses daripada orang yang memberikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau ejen orang itu.

Pembuat notis palsu melakukan kesalahan dan bertanggungan bagi ganti rugi