Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 45

Mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 44 jika ia adalah perlu untuk berbuat demikian boleh—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;

(b)

dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa galangan kepada kemasukan, carian, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melangsungkan; dan 104

Undang-Undang Malaysia

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai ditempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.

Akses kepada data komputer atau digital