Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Mana-mana orang yang—
(a)
tidak membenarkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor akses kepada mana-mana tempat;
(b)
menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dalam melangsungkan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melangsungkan di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c)
enggan memberi kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor apa-apa maklumat berkaitan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabah mungkin dikehendaki darinya, yang ada dalam pengetahuannya atau dia mempunyai kuasa untuk memberi;
(d)
dengan tujuan untuk memperdaya mana-mana pegawai awam dalam melaksanakan peruntukan Akta ini, atau dengan tujuan untuk mendapatkan atau mempengaruhi perlakuan atau ketinggalan apa-apa jua yang berhubungan dengan Akta ini, dengan sengaja memberi apa-apa maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan yang palsu dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar;
106
Undang-Undang Malaysia
(e)
dalam afidavit atau akuan berkanun yang disebut dalam subseksyen 42(1), membuat apa-apa pernyataan yang palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, menyentuh apa-apa perkara material kepada tujuan yang baginya afidavit atau akuan itu dibuat atau digunakan di bawah subseksyen 42(1); atau
(f)
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, menyebabkan apa-apa keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan itu hilang dengan niat untuk melindungi pesalah daripada hukuman undang-undang, atau dengan pengetahuan bahawa dia dengan itu berkemungkinan melindungi pesalah itu daripada hukuman undang-undang, atau dengan niat atau pengetahuan itu memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan yang dia ketahui atau percaya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan.
Waran boleh diterima walaupun cacat, dsb.