Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
sesuatu karya sastera, muzik atau seni atau sesuatu edisi karya tersebut, hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan karya itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah, sama ada melalui jualan atau sebaliknya;
(b)
sesuatu filem hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan filem itu telah dijual, disewakan atau ditawarkan atau didedahkan untuk jualan atau sewaan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah;
(c)
sesuatu rakaman bunyi hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu atau beberapa salinan rakaman bunyi itu telah disediakan dengan persetujuan penciptanya atau mana-mana orang yang secara sah menuntut di bawah
Hak Cipta 21
nama penciptanya dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah; dan
(d)
suatu persembahan yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan hanya jika satu salinan atau salinan-salinan persembahan yang ditetapkan itu telah disediakan dengan persetujuan pelaku dengan cara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan awam yang munasabah.
(2)
Bagi maksud Akta ini, pertunjukan sesuatu karya sastera atau muzik dan pameran sesuatu karya seni tidak boleh dikira sebagai suatu penerbitan karya tersebut.
(3)
Bagi maksud Akta ini, sesuatu penerbitan hendaklah disifatkan sebagai penerbitan pertama di Malaysia jika—
(a)
karya atau persembahan itu mula-mulanya diterbitkan di
Malaysia dan bukannya di tempat lain; atau
(b)
karya atau persembahan itu mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu.
(4)
Jika pada mulanya hanya sebahagian sahaja daripada sesuatu karya atau persembahan diterbitkan, maka bahagian itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai suatu karya berasingan atau persembahan berasingan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal