Malaysia legislation
Section 50B
Seksyen 50B
(2)
Apabila seseorang dipertuduh dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan.
108
Undang-Undang Malaysia
(3)
Kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika kebenaran lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kebenaran itu ke dalam bentuk bertulis.
(4)
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah subseksyen (1) telah dibenarkan olehnya di bawah subseksyen itu ialah keterangan konklusif bahawa dia telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangannya.
(5)
Tiada seorang pun berada di bawah apa-apa kewajipan, tanggungjawab atau tanggungan, atau dengan apa cara jua dipaksa, untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, gaya atau cara, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).
Kebolehterimaan pernyataan