Malaysia legislation
Section 52A
Seksyen 52A
Pemberian maklumat
(a)
mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sedang
Hak Cipta 111
bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
(b)
mengetahui atau mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang
Penolong Pengawal atau pegawai polis di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
(a)
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
(b)
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki pemberian maklumat