Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh diambil, dimulakan atau dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana Penolong
Hak Cipta 117
Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibenarkan dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk mana-mana
Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor bagi apa-apa maksud sebagaimana tersebut di atas:
Dengan syarat bahawa tindakan itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengannya.