Malaysia legislation
Section 59A
Seksyen 59A
Peluasan pemakaian Akta
(a)
terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi yang diterbitkan bagi karya sastera, muzik atau seni yang mula-mula diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya sastera, muzik atau seni, atau filem atau rakaman bunyi, atau edisi yang diterbitkan bagi karya sastera, muzik atau seni yang mula-mula diterbitkan dalam Malaysia;
(b)
terpakai berhubungan dengan orang yang, pada masa material yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu, adalah warganegara atau pemastautin dalam, negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan orang yang, pada masa itu, adalah warganegara, atau pemastautin tetap dalam, Malaysia;
(c)
terpakai berhubungan dengan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan dalam Malaysia dan menjadi atau terletak hak dengan keperibadian undang-undang di bawah undang-undang Malaysia;
(d)
terpakai berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari Malaysia;
(e)
terpakai berhubungan dengan karya seni bina yang didirikan dalam negara yang dinyatakan itu atau mana-mana karya seni lain yang dimuatkan dalam bangunan yang terletak dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya seni bina yang didirikan dalam
Malaysia atau mana-mana karya seni lain yang dimuatkan dalam bangunan yang terletak dalam Malaysia;
(f)
terpakai berhubungan dengan tiap-tiap karya yang layak bagi hak cipta jika karya itu dibuat dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan tiap-tiap karya yang layak bagi hak cipta jika karya itu dibuat dalam
Malaysia;
Hak Cipta 119
(g)
terpakai berhubungan dengan karya terbitan dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya terbitan dalam Malaysia; dan
(h)
terpakai berhubungan dengan persembahan yang dibuat dalam negara yang dinyatakan itu sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan persembahan di Malaysia.
(2)
Sebutan dalam perenggan (1)(a) mengenai karya yang mula-mula diterbitkan dalam sesuatu negara yang dinyatakan hendaklah meliputi karya yang mula-mula diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan dalam negara yang dinyatakan itu dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan sedemikian di tempat lain.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memakai peruntukan Akta ini—
(a)
berhubungan dengan sesuatu negara yang dinyatakan selain daripada Malaysia tertakluk pada apa-apa kekecualian atau ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut;
(b)
sama ada secara am atau berhubungan dengan kelas karya atau hal perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan tersebut.
(4)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi pemakaian peraturan-peraturan itu berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan karya atau persembahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat selepas tarikh itu.
(5)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula mana-mana hak cipta atau hak pelaku yang telah tamat tempohnya di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu sebelum tarikh Malaysia menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli sesuatu Konvensyen atau
Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku.
120
Undang-Undang Malaysia
(6)
Menteri tidaklah boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini yang memakai mana-mana peruntukan Akta ini berkenaan dengan sesuatu negara yang dinyatakan, selain daripada sesuatu negara yang dinyatakan yang menjadi pihak kepada sesuatu triti atau ahli mana-mana Konvensyen atau Kesatuan berhubung dengan hak cipta atau hak pelaku yang kepadanya Malaysia juga menjadi pihak atau ahli, melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa, berkenaan dengan kelas karya atau hal perkara lain yang dimaksudkan oleh peruntukan itu, peruntukan telah atau akan dibuat di bawah undang-undang negara yang dinyatakan itu yang menurutnya perlindungan yang mencukupi akan diberikan kepada pemunya hak cipta atau pelaku di bawah Akta ini.
(7)
Jika hanya disebabkan oleh peraturan-peratuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), hak cipta wujud dalam karya yang telah dibuat atau hak pelaku wujud bagi persembahan yang dibuat sebelum mula berkuat kuasanya peratuaran-peraturan itu, tiada apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuat kuasanya peraturan-peraturan tersebut boleh dikira sebagai telah melanggar hak cipta itu atau hak pelaku, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan daripada takrif “siaran”