Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Menteri boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, dalam kalangan mana-mana pegawai awam dan orang dalam penggajian Perbadanan, apa-apa bilangan
22
Undang-Undang Malaysia
*Timbalan Pengawal Hak Cipta, Penolong Pengawal Hak Cipta dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen (3).
(3)
Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengawal,
Penolong Pengawal dan pegawai lain di bawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain sedemikian di bawah subseksyen (2).
(4)
Tertakluk pada arahan dan kawalan am Pengawal dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pengawal dan tertakluk pada seksyen 41A, seseorang Timbalan Pengawal atau seseorang Penolong Pengawal boleh menjalankan apa-apa fungsi
Pengawal di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pengawal boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pengawal atau Penolong Pengawal dan perbuatan atau tandatangan seseorang Timbalan Pengawal hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pengawal.
(5)
Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal di bawah Akta ini.