Malaysia legislation

Section 61

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 61

Akta Hakcipta 1969 [Akta 10] adalah dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa—

122

Undang-Undang Malaysia

(a)

tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang yang akan didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu;

(b)

apa-apa prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang yang ada sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini boleh diteruskan atau dimulakan di bawah undang-undang yang dimansuhkan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat;

(c)

apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa prosiding undang-undang (sivil atau jenayah) atau remedi berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas dan mana-mana prosiding undang-undang atau remedi itu boleh dimulakan atau dikuatkuasakan di bawah peruntukan yang relevan dalam Akta ini.

*CATATAN— lihat seksyen 20 Akta Hak Cipta 1987 [Akta A1645] m.b.p.

18 Mac 2022 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut:

Kecualian dan peralihan

Section 61 — COPYRIGHT ACT 1987 | mylaw.my