Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
Hak Cipta 25
(b)
penerbit edisi itu adalah orang berkelayakan pada tarikh penerbitan pertama itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai kepada suatu edisi yang mengeluarkan semula susunan tipografi edisi yang sebelumnya karya atau karya-karya yang sama.
(2)
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, penerbit sesuatu edisi adalah berhak kepada hak cipta yang wujud dalam edisi itu menurut kuasa seksyen ini.
(3)
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, perlakuan yang disekat oleh hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini dalam suatu edisi ialah perbuatan mengeluarkan semula susunan tipografi edisi itu.
(4)
Pengeluaran semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan bagi apa-apa maksud termasuk penyelidikan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa tidak melanggar hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu bersesuaian dengan urusan yang wajar:
Dengan syarat bahawa jika pengeluaran semula itu diumumkan kepada awam ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam sesuatu siaran.
(5)
Kerajaan, Arkib Negara, atau mana-mana Arkib Negeri,
Perpustakaan Negara, atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains atau profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, boleh mengeluarkan semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan tanpa melanggar hak cipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu adalah demi kepentingan awam dan bersesuaian dengan urusan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan.
Kelayakan bagi perlindungan