Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
Kebankrapan, dll., tidak menjejaskan tuntutan pihak ketiga
Jika suatu perakuan insurans telah diserahkan di bawah subseksyen 91(4) kepada orang yang telah melaksanakan suatu polisi, berlakunya berhubungan dengan mana-mana orang yang diinsuranskan oleh polisi itu, apa-apa kejadian sebagaimana yang tersebut dalam subseksyen 97(1) atau (2), walau apa pun yang terkandung di dalam Akta ini, tidak boleh menjejaskan apa-apa liabiliti orang itu sebagaimana dikehendaki dilindungi oleh suatu polisi di bawah perenggan 91(1)(b) Akta ini, tetapi tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menjejaskan apa-apa hak terhadap penanggung insurans yang diberikan di bawah seksyen 97, 98 dan 99
orang yang baginya liabiliti itu telah dipertanggungkan.