Malaysia legislation
Section 106
Seksyen 106
Pemakaian Bahagian ini kepada jaminan
Bahagian ini hendaklah terpakai, berhubungan dengan jaminan yang mempunyai kuat kuasa bagi maksud Bahagian ini, sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan polisi insurans, dan berhubungan dengan apa-apa jaminan seperti yang tersebut dahulu rujukan dalam peruntukan tersebut mengenai diinsuranskan, mengenai perakuan insurans, mengenai penanggung insurans dan mengenai orang yang diinsuranskan; hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai rujukan mengenai berkuat kuasanya jaminan itu, mengenai perakuan jaminan, mengenai pemberi jaminan dan mengenai orang yang liabilitinya dilindungi oleh jaminan itu.
Pengangkutan Jalan 183