Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
Kaedah-kaedah
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Bahagian ini dan pada amnya bagi maksud menguatkuasakan Bahagian ini, dan khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu boleh membuat kaedah-kaedah—
(a)
untuk menetapkan borang yang hendak digunakan bagi maksud Bahagian ini;
(b)
mengenai permohonan bagi perakuan insurans dan apa-apa dokumen lain serta pengeluarannya ditetapkan, dan mengenai penyimpanan rekod dokumen dan pemberian butir-butir mengenainya, atau pemberian maklumat berkenaan dengannya, kepada Menteri, Ketua Pegawai
Polis atau Ketua Pengarah;
(c)
mengenai pengeluaran salinan mana-mana perakuan atau dokumen lain yang hilang atau musnah;
(d)
mengenai penjagaan, pengemukaan, pembatalan dan penyerahan balik mana-mana perakuan atau dokumen lain; dan
(e)
bagi memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan
Bahagian ini hendaklah, berhubungan dengan kenderaan motor yang dibawa ke Malaysia dari suatu tempat di luar
Malaysia oleh orang yang hanya tinggal untuk sementara di Malaysia, berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang ditetapkan.