Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
(a)
bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan mana-mana
Bahagian, pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen bagi dirinya atau mana-mana orang lain, atau pengubahan mana-mana lesen sedemikian, atau bagi maksud menahan pemberian atau pengubahan mana-mana lesen sedemikian atau memperoleh pengenaan apa-apa syarat atau pengehadan berhubungan dengan mana-mana lesen sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(b)
bagi maksud mendapatkan pengeluaran perakuan insurans atau perakuan jaminan di bawah Bahagian IV, membuat apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan, atau menyembunyikan apa-apa maklumat yang material, melainkan jika dia membuktikan, dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia bertindak tanpa apa-apa niat untuk memperdaya;
(c)
memberi apa-apa butir atau dokumen berkaitan dengan pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor atau mengenai penukaran pemilikannya, atau berhubungan dengan lesen perdagangan kenderaan, yang diketahuinya palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
(d)
semasa memberi keterangan dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang palsu dan yang sama ada diketahuinya atau dipercayainya palsu, atau yang tidak dipercayainya sebagai benar;
(e)
membuat apa-apa catatan palsu dalam mana-mana buku atau rekod atau membuat apa-apa dokumen yang mengandungi suatu pernyataan yang palsu, dengan niat supaya catatan atau dokumen atau pernyataan itu akan terdapat atau diberi sebagai keterangan dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah Akta ini; atau
Pengangkutan Jalan 185
(f)
membuat apa-apa catatan dalam suatu rekod, daftar, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki dikeluarkan, disimpan, disenggara atau diberi di bawah
Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, dia melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa apa-apa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir-butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam butir material mengikut mana-mana yang dikehendaki, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantarkan atau menyediakannya.
(3)
Jika, mana-mana orang—
(a)
memalsukan, mengubahkan, mengusik, merosakkan, mencacatkan, menggunakan atau meminjamkan kepada atau membenarkan untuk digunakan oleh mana-mana orang lain akan apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dibawa atau dipamerkan di atas kenderaan motor, atau mana-mana perakuan pendaftaran, lesen, perakuan insurans atau perakuan jaminan di bawah Bahagian IV;
(b)
membuat atau mempunyai dalam pemilikannya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen yang tersebut dahulu dikira sebagai untuk memperdaya;
(c)
mengubahkan apa-apa catatan yang dibuat dalam suatu perakuan insurans, perakuan jaminan, buku pendaftaran,
186 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
daftar, lesen atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;
(d)
mengeluarkan perakuan insurans atau perakuan jaminan yang palsu dan tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal yang material;
(e)
mempamerkan pada sesuatu kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diusik, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk dibawa atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan motor;
(f)
mempamerkan pada sesuatu kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang bukan kepunyaan kenderaan tersebut;
(g)
menggunakan apa-apa lesen memandu, atau lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam yang dipalsukan, diubah, dirosakkan atau dicacatkan, atau apa-apa lencana yang ditetapkan untuk dibawa oleh orang itu, atau apa-apa lesen yang padanya tambahan yang tidak dibenarkan oleh Akta ini atau apa-apa kaedah di bawahnya telah dibuat;
(h)
mengubah, merosak, menyembunyikan atau memotong apa-apa pengendorsan di atas suatu lesen memandu atau suatu lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor suatu kenderaan perkhidmatan awam;
(i)
menyediakan atau menyenggara atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod-rekod palsu yang dikehendaki disenggara di bawah Akta ini; atau
(j)
memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod-rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini,
Pengangkutan Jalan 187
dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Subseksyen (3) hendaklah, dengan segala ubah suaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan suatu dokumen yang membuktikan perlantikan pegawai pengangkutan jalan sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan lesen.
(5)
Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen yang dibawa di dalam suatu kenderaan motor, atau apa-apa lesen atau perakuan insurans atau perakuan jaminan atau buku pendaftaran atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang menjaga suatu kenderaan motor menurut peruntukan Akta ini, adalah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan, dia boleh menyita dokumen itu.
(b)
Bagi maksud subseksyen ini, ungkapan “dokumen” hendaklah termasuk suatu plat atau lencana, dan kuasa untuk menyita hendaklah termasuk kuasa untuk menanggalkan daripada kenderaan motor.
(6)
Dalam seksyen ini ungkapan “perakuan insurans” dan
“perakuan jaminan” termasuklah apa-apa dokumen yang dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri menurut kuasanya di bawah Bahagian IV untuk menetapkan keterangan yang boleh dikemukakan sebagai ganti perakuan insurans atau perakuan jaminan dan ungkapan “tanda” termasuklah nombor enjin atau casis sesuatu kenderaan motor.
Liabiliti pemunya berdaftar dan lain-lain