Malaysia legislation

Section 109

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 109

(2)

Kecuali jika dikehendaki selainnya oleh Akta ini, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh sesiapa jua yang menjadi pemandu

188 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

kenderaan motor itu pada masa material, hendaklah bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya berdaftar melainkan dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan berhati-hati untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu perbuatan atau peninggalan seseorang yang memandu suatu kenderaan motor yang melanggar seksyen 41 hingga 49.

(3)

Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh sesiapa jua yang menjadi pemandu kenderaan motor itu pada masa material itu, yang boleh menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini jika dilakukan oleh pemunya berdaftar, pemandu itu juga melakukan kesalahan tersebut.

(3A)

Jika pemegang lesen ialah pemunya berdaftar kenderaan motor yang digunakan oleh mana-mana pekerja dalam pelakuan kesalahan di bawah seksyen 41, 42, 43, 44, 45 atau 45A dan tiga atau lebih kesalahan di bawah seksyen itu atau apa-apa gabungan seksyen itu telah dilakukan dalam tempoh tiga tahun dalam penjalanan pekerjaan itu oleh pekerja yang sama, sama ada melibatkan kenderaan motor yang sama atau sebaliknya, pemegang lesen itu melakukan kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit.

(3B)

Jika kesalahan kali kedua atau kali kemudian di bawah subseksyen (3A) dilakukan dalam tempoh tiga tahun daripada sabitan di bawah subseksyen (3A), pemegang lesen itu boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit.

(4)

Jika pemunya berdaftar adalah suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu melainkan dia membuktikan

Pengangkutan Jalan 189

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa izin atau pembiarannya dan bahawa dia telah berusaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana dia sepatutnya lakukan memandangkan jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “pemegang lesen” ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia—

(i)

orang yang dilesenkan sebagai pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam;

(ii)

orang yang kepadanya dikeluarkan lesen kenderaan pelancongan; atau

(iii)

orang yang dilesenkan sebagai pengendali perkhidmatan kenderaan barangan, di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010; dan

(b)

bagi Sabah dan Sarawak—

(i)

orang yang kepadanya dikeluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam bagi bas berhenti-henti, bas catar, bas ekspres, bas mini, bas pekerja, bas pengantara atau bas sekolah;

atau

(ii)

orang yang kepadanya dikeluarkan lesen kenderaan barangan bagi lesen pembawa ‘A’ atau lesen pembawa ‘B’, di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Penalti kerana galangan dan gangguan