Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 10

Permohonan untuk pendaftaran

(2)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang memuaskan hati Pengarah bahawa dia telah benarkan secara bertulis bagi maksud itu oleh seseorang yang tidak berada dalam Malaysia, boleh membuat permohonan bagi pihak orang itu untuk mendaftarkan sesuatu kenderaan motor, dan dalam mana-mana hal sedemikian permohonan tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah ditandatangani dan dibuat oleh orang itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

Tiada suatu pun kenderaan motor boleh didaftarkan kecuali—

(a)

kenderaan itu mempunyai nombor enjin dan casis yang terang, jelas dan tidak terusik; dan

(b)

fi yang ditetapkan telah dibayar:

Dengan syarat bahawa perenggan (a) tidak terpakai bagi kenderaan motor elektrik yang tidak ada nombor enjin.

(4)

Tiada kenderaan motor boleh didaftarkan jika ia tidak mematuhi Akta ini mengenai pembinaan, berat, kelengkapan, kegunaan dan usia melainkan kenderaan motor itu telah dikecualikan daripada pematuhan sedemikian di bawah kuasa yang diberi oleh

Akta ini.

(5)

Suatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu kenderaan motor yang menjadi harta Kerajaan atau suatu badan awam hendaklah menetapkan, dengan rujukan kepada jawatannya, seorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan atau badan awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam jagaan siapa kenderaan motor itu berada dan orang yang pada masa itu memegang jawatan itu hendaklah, bagi maksud apa-apa kesalahan, disifatkan sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor itu.

(6)

Tiada seorang pun pegawai boleh disifatkan, semata-mata oleh sebab subseksyen (5), sebagai melakukan suatu kesalahan yang dilakukan sebelum tarikh dia memegang jawatan itu.

Nombor pendaftaran