Malaysia legislation
Section 112
Seksyen 112
(a)
mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 41,
42, 44, 45, 45A atau 50;
(b)
mana-mana orang, yang bukannya pemandu suatu kenderaan motor, yang dalam pandangannya melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini selain suatu kesalahan terhadap mana-mana seksyen yang disebutkan dalam perenggan (a):
Dengan syarat bahawa orang itu tidak boleh ditangkap jika dia memuaskan hati pegawai itu tentang namanya dan tempat kediamannya di Malaysia, dan bahawa dia tidak berniat untuk melarikan diri;
Pengangkutan Jalan 191
(c)
mana-mana orang yang menjaga atau memandu suatu kenderaan motor yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini selain suatu kesalahan terhadap mana-mana seksyen yang disebutkan dalam perenggan (a):
Dengan syarat bahawa orang itu tidak boleh ditangkap jika—
(i)
di atas permintaan pegawai tersebut dia mengemukakan lesen memandunya untuk membolehkan pegawai itu menentukan nama dan alamat pemegang itu, tarikh pengeluaran dan pihak berkuasa yang mengeluarkannya; atau
(ii)
yang bukannya pemandu suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa penumpang untuk sewa atau upah atau untuk membawa barangan, dia memberi pegawai itu namanya dan tempat kediamannya di Malaysia, melainkan jika pegawai itu mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa nama dan alamat yang ditentukan atau diberikan itu adalah palsu.
(2)
Seseorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas boleh menghendaki mana-mana orang yang didapatinya menjadi atau telah menjadi penumpang dalam kenderaan motor yang berhubungan dengannya pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen ini untuk memberikannya nama dan alamatnya; dan jika orang itu enggan memberikan nama dan alamat itu dia boleh (tertakluk kepada subseksyen 123(2)) ditangkap oleh pegawai itu tanpa waran supaya nama dan alamatnya dapat ditentukan.
(3)
Seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas boleh menahan mana-mana kenderaan mikromobiliti yang dalam pandangannya suatu kesalahan telah dilakukan berkenaan dengannya.
192 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
Kuasa polis dalam penyiasatan