Malaysia legislation
Section 115
Seksyen 115
(a)
pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan
(b)
mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.
(2)
Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh dengan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan pemanduan suatu kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan terhadap pertuduhan itu.
(3)
Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pegawai polis bahawa sesuatu
194 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
kenderaan motor tertentu telah dipandu oleh atau dipunyai oleh orang itu atau ia dipunyai oleh suatu perkongsian yang orang itu juga menyatakan bahawa dia telah menjadi pekongsinya atau suatu perbadanan yang dia menyatakan bahawa dia telah menjadi pengarah, pegawai atau pekerjanya pada suatu ketika tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapa kenderaan itu telah dipandu atau kepada siapa kereta itu dipunyai.
Kewajipan untuk memberikan maklumat dan kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah