Malaysia legislation
Section 117
Seksyen 117
Peruntukan mengenai keterangan
(2)
Suatu salinan apa-apa catatan dalam mana-mana daftar yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini, yang berupa sebagai ditandatangani oleh atau bagi pihak orang yang di bawah Akta ini, dikehendaki menyimpan daftar itu, dan diperakui oleh atau bagi pihak orang tersebut sebagai salinan sebenar catatan itu, hendaklah menjadi keterangan bagi perkara yang dinyatakan dalam catatan itu tanpa bukti mengenai tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani catatan atau perakuan tersebut.
(3)
Apabila dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan terhadap
Akta ini perlu untuk membuktikan—
(a)
bahawa suatu kenderaan motor telah, atau telah tidak, didaftarkan dalam nama mana-mana orang;
(b)
bahawa mana-mana orang adalah, atau bukan, pemunya berdaftar suatu kenderaan motor; atau 196 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(c)
bahawa mana-mana orang adalah, atau bukan, pemegang yang diberikan di bawah Bahagian II, suatu perakuan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh seorang
Pengarah,
Timbalan
Pengarah atau
Pengarah dan memperakui perkara yang tersebut dahulu boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang diperakui dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan
Pengarah, Timbalan Pengarah atau Pengarah bagi perakuan itu.
(4)
Jika dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan terhadap
Akta ini adalah perlu untuk membuktikan—
(a)
bahawa suatu kenderaan motor adalah, atau bukan, suatu kenderaan dibenarkan; atau
(b)
bahawa mana-mana orang adalah seorang pegawai pengangkutan jalan, suatu perakuan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh
Ketua Pengarah, dan memperakui tentang perkara yang tersebut dahulu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang diperakui dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Ketua Pengarah bagi perakuan itu.
(5)
Apabila dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan terhadap
Akta ini, apa-apa soal timbul tentang kerosakan atau takat kerosakan yang dilakukan ke atas kenderaan motor akibat daripada suatu kemalangan atau sama ada suatu kenderaan motor mematuhi atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini berhubungan dengan pembinaan, kelengkapan atau syarat penggunaan kenderaan motor itu, perakuan seseorang pegawai pengangkutan jalan atau mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini bahawa dia telah memeriksa kenderaan motor itu serta hasil pemeriksaan tersebut boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi keterangan prima facie yang memadai bagi apa-apa fakta atau pendapat yang dinyatakan di dalamnya berhubungan dengan pembinaan, kelengkapan atau syarat penggunaan kenderaan motor itu, dan pegawai itu atau orang yang dilesenkan di bawah Akta ini boleh tidak dipanggil untuk
Pengangkutan Jalan 197
pemeriksaan balas ke atas perakuan itu melainkan jika keterangan yang bertentangan diberikan dan didapati oleh mahkamah sebagai boleh dipercayai, atau melainkan jika atas apa-apa alasan, mahkamah memikirkan pemeriksaan balas perlu atau dikehendaki bagi kepentingan keadilan:
Dengan syarat bahawa dalam apa-apa hal yang pendakwaan bercadang hendak memberi mana-mana perakuan sedemikian sebagai keterangan; hendaklah diserahkan kepada defendan satu salinan perakuan itu tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan.
(6)
Apabila dalam mana-mana prosiding perlu untuk membuktikan berat apa-apa muatan yang dibawa oleh mana-mana kenderaan, atau berat yang dibawa oleh gandar kenderaan itu, suatu perakuan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh—
(a)
mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis atau
Pesuruhjaya Polis;
(b)
mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah;
(c)
mana-mana pegawai Jabatan Kerja Raya yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua
Pengarah Kerja Raya atau Pengarah Kerja Raya Negeri, atau mana-mana pegawai Lembaga Lebuhraya Malaysia yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia;
(d)
mana-mana warden lalu lintas yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Dato Bandar atau
Perbadanan Putrajaya;
(e)
mana-mana pegawai pihak berkuasa pelabuhan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh
Pengurus Besar pihak berkuasa pelabuhan itu;
(f)
mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini,
198 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
untuk mengendalikan jambatan timbang atau mesin penimbang di mana kenderaan atau muatan tersebut telah ditimbang, dan memperakukan—
(aa) bahawa jambatan timbang atau mesin penimbang itu telah diperiksa dalam tempoh enam bulan sebelumnya dan didapati tepat oleh Inspektor Timbang dan Sukat; dan
(bb) berat kenderaan atau muatan itu, boleh diterima oleh mana-mana mahkamah sebagai bukti prima facie mengenai fakta yang diperakui dalam perakuan itu.
(6A)
Walau apa pun subseksyen (6), perenggan (6)(d) dan (6)(e)
tidak terpakai berkenaan dengan suatu perakuan bagi maksud sistem penimbang semasa bergerak eletronik atau berkomputer yang dipasang pada mana-mana jalan.
(7)
Apabila dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah adalah perlu untuk membuktikan bahawa mana-mana pegawai polis, Ketua Pengarah, mana-mana Pengarah, mana-mana pegawai pengangkutan jalan, mana-mana pekhidmat awam, mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta atau mana-mana warden lalu lintas telah menghantarkan atau menyampaikan, atau telah menerima atau tidak menerima, apa-apa lencana, dokumen, lesen, notis, plat atau benda lain, suatu perakuan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh atau bagi pihak pegawai polis, Ketua Pengarah,
Pengarah, pegawai pengangkutan jalan, pekhidmat awam, mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Akta ini atau warden lalu lintas itu dan memperakui penghantaran, penyampaian, penerimaan atau ketidakterimaan lencana, dokumen, lesen, notis, plat atau benda itu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang diperakui dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan pada perakuan tersebut.
(8)
Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah butir-butir mengenai sesuatu sabitan yang diendorskan pada lesen memandu yang diberikan di bawah Bahagian II boleh dikemukakan sebagai keterangan prima facie mengenai sabitan itu.
Pengangkutan Jalan 199
(9)
Apabila dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan terhadap
Akta ini perlu untuk membuktikan bahawa sesuatu topi keledar adalah atau bukan topi keledar, atau sesuatu tali pinggang keledar adalah bukan tali pinggang keledar, yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, suatu perakuan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Pengarah atau mana-mana pegawai Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai apa-apa fakta atau pendapat yang dinyatakan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengarah atau pegawai tersebut pada perakuan itu, dan Pengarah atau mana-mana pegawai Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia itu tidak boleh dipanggil untuk pemeriksaan balas ke atas perakuan itu melainkan jika atas apa-apa alasan mahkamah memikirkan pemeriksaan balas itu adalah perlu atau dikehendaki bagi kepentingan keadilan.
(10)
Jika dalam apa-apa prosiding perlu untuk membuktikan kelajuan mana-mana kenderaan, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana pekhidmat awam yang adalah seorang jurutera elektrik atau jurutera mekanik dan yang memperakui bahawa apa-apa kelengkapan yang digunakan untuk menentukan kelajuan kenderaan telah diperiksa dalam tempoh lapan bulan sebelumnya dan didapati tepat, hendaklah diterima oleh mana-mana mahkamah sebagai bukti prima facie fakta yang diperakui dalam perakuan itu dan pekhidmat awam itu tidak boleh dipanggil untuk pemeriksaan balas ke atas perakuan itu melainkan jika atas apa-apa alasan, mahkamah memikirkan pemeriksaan balas perlu atau dikehendaki bagi kepentingan keadilan.
(11)
Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Keterangan dan rekod sabitan dahulu