Malaysia legislation

Section 119

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 119

(a)

tanpa alasan yang sah, bukti mengenainya terletak pada orang itu, enggan atau abai melakukan apa-apa yang dikehendakinya melakukan oleh Akta ini;

(b)

tanpa alasan yang sah, bukti mengenainya terletak pada orang itu, tidak mematuhi kehendak apa-apa notis yang disampaikan kepadanya di bawah Akta ini; atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

202 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(c)

tanpa alasan yang sah, bukti mengenainya terletak pada orang itu, melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh, jika tiada apa-apa penalti khas diperuntukkan, dalam hal sabitan yang pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang disaman untuk menjawab suatu pertuduhan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang di bawah seksyen berikutnya boleh dikompaunkan, boleh hadir untuk menjawab tuduhan itu sama ada dengan sendiriannya atau melalui peguam bela dan peguam cara, dan boleh dalam mana-mana hal sedemikian, melalui surat yang dihantarkan kepada mahkamah melalui pos berdaftar, mengaku salah terhadap pertuduhan itu dan mematuhi perintah mahkamah itu dengan syarat bahawa peruntukan subseksyen ini tidak boleh terpakai bagi mana-mana orang yang telah disampaikan suatu notis di bawah seksyen 53.

(4)

Apa-apa saman yang dikeluarkan berkenaan dengan suatu pertuduhan yang termasuk dalam subseksyen (3) hendaklah mengandungi suatu notis memberitahu orang yang dipertuduh itu akan haknya di bawah subseksyen itu serta amaun denda yang akan dikenakan ke atasnya yang mana jumlah wang itu hendaklah disertakan dengan surat pengakuan salah terhadap kesalahan itu.

(5)

Jika mana-mana orang yang telah diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara, atau telah mengaku salah melalui surat sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (3) dipenjarakan, mahkamah hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasannya, dan hukuman penjara yang dikenakan itu hendaklah mula berjalan hanya selepas pemberkasan orang tersebut di bawah waran itu.

Pengangkutan Jalan 203

(6)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menetapkan borang apa-apa saman atau waran yang hendak dikeluarkan menurut seksyen ini, dan pada amnya untuk membolehkan peruntukan seksyen ini dikuatkuasakan.

Kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan