Malaysia legislation
Section 119A
Seksyen 119A
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh pertubuhan perbadanan (sama ada atau tidak pertubuhan perbadanan itu telah didakwa), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya memandangkan jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan kes itu.