Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
menguntukkan bagi kenderaan motor itu tanda indeks yang ditetapkan bagi menunjukkan kawasan pendaftaran di mana kenderaan itu didaftarkan atau status pemunya kenderaan motor itu dan suatu nombor berasingan (di dalam Akta ini tanda dan nombor itu disebut sekali sebagai nombor
“pendaftaran”), dan nombor pendaftaran itu hendaklah terus menjadi nombor pendaftaran bagi kenderaan motor itu
Pengangkutan Jalan 33
sehingga kenderaan itu dicuraikan, dibinasakan atau dihantar keluar dari Malaysia untuk selama-lamanya dan nombor pendaftaran itu tidak boleh diuntukkan kepada mana-mana kenderaan motor yang lain:
Dengan syarat selalunya bahawa seseorang yang telah didaftar sebagai pemunya sesuatu kenderaan boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditetapkan, dan dengan membayar fi yang ditetapkan, mendapatkan nombor yang diuntukkan kepada kenderaan motor tersebut diuntukkan kepada kenderaan motor yang lain yang dia memohon untuk menjadi pemunya berdaftar dan yang sebelum itu belum pernah didaftarkan, dan Pengarah hendaklah sesudah itu menguntukkan suatu nombor pendaftaran yang baharu kepada kenderaan motor yang pertama disebut tadi dan membuat segala pindaan yang perlu dan berbangkit kepada daftar dan perakuan pendaftaran;
(b)
mendaftarkan orang yang membuat permohonan untuk pendaftaran itu sebagai pemunya kenderaan motor itu; dan
(c)
mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pendaftaran mengikut bentuk yang ditetapkan.
(1A)
Walau apa pun perenggan (1)(a), Pengarah boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah, dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan, menguntukkan semula kepada pemunya berdaftar nombor pendaftaran mana-mana kenderaan motor yang telah dilaporkan hilang, dicuri, rosak, binasa, atau dihantar keluar dari Malaysia untuk selama-lamanya:
Dengan syarat bahawa nombor pendaftaran itu hendaklah diuntukkan semula kepada kenderaan yang belum pernah didaftarkan.
(2)
Walau apa pun peruntukan perenggan (1)(a), Pengarah boleh menukar nombor pendaftaran mana-mana kenderaan motor berdaftar yang berkenaan dengannya fi di bawah Akta ini tidak kena dibayar
(tidak termasuk kenderaan motor yang dipunyai oleh Kerajaan) dan
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
boleh menguntukkan nombor pendaftaran kenderaan motor itu kepada mana-mana kenderaan motor yang lain.
(3)
Jika dua atau lebih orang mempunyai atau menuntut milikan dan kegunaan sesuatu kenderaan motor, Pengarah hendaklah mendaftarkan sebagai pemunya kenderaan motor—
(a)
salah seorang daripada mereka sebagaimana dinamakan oleh mereka mengikut cara yang ditetapkan bagi maksud pendaftaran tersebut; atau
(b)
jika berlaku apa-apa pertikaian di antara mereka, salah seorang daripada mereka yang dipilih oleh Pengarah bagi maksud itu, selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu.
(4)
Dalam mana-mana hal yang disebut dalam perenggan (3)(a),
Pengarah boleh juga mencatatkan dalam daftar dan perakuan pendaftaran nama-nama pihak menuntut yang lain tentang pemunyaan kenderaan motor itu, tetapi tiada apa-apa catatan nama mana-mana pihak menuntut itu boleh disifatkan sebagai menjejaskan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh orang yang didaftarkan sebagai pemunya di bawah Akta ini, atau meletakhakkan pada pihak menuntut apa-apa hak atau kuasa yang diberi oleh Akta ini kepada pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor.
(5)
Keputusan Pengarah di bawah perenggan (3)(b) adalah muktamad dan konklusif bagi maksud Akta ini, tetapi tidak boleh disifatkan sebagai menjejaskan atau menyentuh dengan apa-apa cara hak mana-mana pihak menuntut yang lain terhadap pemunyaan kenderaan motor itu untuk menyebabkan haknya ditentukan oleh
Mahkamah, dan Pengarah hendaklah meminda daftar itu mengikut apa-apa perintah terakhir yang dibuat oleh mahkamah itu.
Pemeriksaan kenderaan motor dan pemberian maklumat kepada