Malaysia legislation

Section 120

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 120

Dengan syarat bahawa—

(a)

Ketua Pegawai Polis, Pesuruhjaya Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;

(b)

Ketua Pengarah atau Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Ketua Pengarah;

(c)

Dato Bandar;

(ca) Presiden atau mana-mana pegawai Perbadanan Putrajaya yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatannya untuk tujuan tersebut oleh Presiden;

(cb) Datuk Bandar sesuatu Majlis Bandaraya, Yang Dipertua

Majlis Perbandaran atau Pengerusi Majlis Perbandaran atau pegawai Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Datuk Bandar sesuatu Majlis

Bandaraya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau

Pengerusi Majlis Perbandaran, masing-masingnya;

(d)

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia atau mana-mana pegawai yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia;

(e)

seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan,

Pengangkutan Jalan 205

boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa

Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun oleh pegawai itu atau dalam hal seseorang pegawai yang disebut dalam perenggan (d) atau (e), apa-apa kesalahan terhadap mana-mana perintah atau kaedah yang dibuat oleh pihak berkuasa yang berkenaan di bawah Bahagian III, dengan mendapatkan daripada orang yang dengan semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi tiga ratus ringgit.

(2)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan serta cara dan tatacara mengenainya.

(3)

Dalam seksyen ini, “pihak kuasa yang berkenaan” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 67.

Akuan bersalah melalui surat dan kompaun tidak menjejaskan peruntukan polisi insurans