Malaysia legislation
Section 121
Seksyen 121
Jika mana-mana orang telah mengkompaunkan suatu kesalahan atau mengaku salah melalui surat terhadap suatu kesalahan di bawah
Akta ini, tiada apa-apa keterangan mengenai apa-apa tindakan sedemikian boleh diterima dalam mana-mana prosiding sivil yang timbul daripada transaksi yang sama dengan kesalahan itu dan dia hendaklah dengan yang demikian disifatkan telah tidak melakukan, dengan semata-mata atas alasan berbuat demikian, perlanggaran apa-apa syarat mana-mana polisi insurans berhubungan dengan pengakuan liabiliti tanpa izin penanggung insurans.