Malaysia legislation

Section 122

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 122

Ketua Pengarah hendaklah diberitahu mengenai sabitan dan kompaun

(2)

Jika mana-mana mahkamah mensabitkan seseorang dengan suatu kesalahan terhadap seksyen 41 hingga 49, dan orang yang disabitkan itu adalah pemegang suatu lesen untuk memandu suatu kenderaan motor, atau lesen untuk bertindak sebagai pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan, kenderaan barangan atau kenderaan pekerja, mahkamah hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai sabitan itu, dan apa-apa lesen sedemikian (sekiranya butir-butir itu dapat dipastikan), kepada Pengarah yang memberikan lesen itu atau kepada

Pengarah bagi kawasan pendaftaran dalam mana orang yang disabitkan itu bermastautin.

(3)

Jika mana-mana pegawai telah mengkompaunkan suatu kesalahan menurut subseksyen 120(1), kesalahan itu yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang butir-butirnya hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah, pegawai itu hendaklah dengan serta-merta menghantarkan butir-butir mengenai kesalahan itu kepada Ketua Pengarah.

Pegawai tidak berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan