Malaysia legislation
Section 124
Seksyen 124
(2)
Jika sesuatu cek yang dikeluarkan atau cara bayaran yang lain yang dibuat berkenaan dengan suatu fi lesen kemudiannya tidak dilayani, lesen itu adalah tidak sah dari tarikh ia diberikan, dan Ketua Pengarah atau
Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menghantarkan kepada orang yang dikeluarkan lesen itu, melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepadanya di alamat yang diberinya, suatu notis menghendakinya menghantarkan lesen itu kepada Ketua Pengarah atau
Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis itu diposkan dan jika orang itu gagal mematuhi notis itu dalam tempoh tersebut, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Perisytiharan badan awam