Malaysia legislation

Section 125

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 125

Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Pengarah

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh melalui kaedah-kaedah memberi kuasa kepada mana-mana orang, di atas syarat yang disifatkannya layak, untuk menjalankan apa-apa fungsi Pengarah di bawah Akta ini berkenaan dengan pelesenan kenderaan motor, pelesenan pemandu kenderaan motor dan pengutipan bayaran atau caj.