Malaysia legislation

Section 126

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 126

Kuasa Menteri untuk memberi kuasa atau memberikan lesen

(2)

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud subseksyen (1), dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana perkara yang berikut:

(a)

untuk menetapkan caj, fi atau levi yang hendaklah dibayar kepada mana-mana orang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan;

(b)

untuk menetapkan kelayakan orang yang akan diambil kerja oleh orang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1) dan untuk mengawal selia kekompetenan mereka;

(c)

untuk menetapkan jenis rekod yang hendaklah disimpan oleh orang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1);

(d)

untuk menetapkan jenis penyata yang hendaklah dikemukakan oleh orang yang diberi kuasa atau

Pengangkutan Jalan 209

dilesenkan di bawah subseksyen (1) kepada Ketua

Pengarah pada lat tempoh tertentu; dan

(e)

untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua Pengarah akan premis orang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1) dan rekod yang disimpan di situ.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberi kuasa orang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1) untuk meminta, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan olehnya.

(4)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan—

(a)

jenis perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh diminta, dipungut atau disimpan;

(b)

orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu; dan

(c)

tempoh pemberikuasaan untuk meminta, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.

(5)

Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3)

hendaklah—

(a)

menyimpan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;

(b)

mengemukakan kepada

Ketua

Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; dan

(c)

membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya untuk mendapatkan akses kepada atau memeriksa atau meneliti

210 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

mana-mana dokumen, jentera atau kelengkapan yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pemungutan caj, fi atau levi.

(6)

Pemberikuasaan mana-mana orang di bawah subseksyen (3)

tidak menjadikan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang yang diberi kuasa atau dilesenkan untuk menjalankan obligasinya di bawah Akta yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi diminta, dipungut dan disimpan.

(7)

Jika seseorang yang diberi kuasa atau dilesenkan di bawah subseksyen (1) melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat pemberikuasaan atau lesen atau mana-mana peruntukan seksyen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara khusus orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(8)

Walaupun mana-mana orang telah diberi kuasa atau diberi lesen di bawah seksyen ini untuk menjalankan mana-mana fungsi seorang pegawai pengangkutan jalan, Menteri boleh memberikan arahan kepada Ketua Pengarah atau Pengarah supaya menjalankan mana-mana fungsi itu.

Pembatalan