Malaysia legislation
Section 127
Seksyen 127
(a)
bahasa dan skrip yang hendak ditulis bagi mana-mana isyarat lalu lintas, notis, rekod, permohonan, penyata atau dokumen lain;
(b)
pengecualian, dengan atau tanpa syarat, bagi mana-mana orang, atau kelas orang, atau kenderaan atau kelas kenderaan, daripada perlunya mematuhi apa-apa kehendak Akta ini;
(c)
dokumen, plat dan tanda yang akan dibawa oleh kenderaan yang dibenarkan atau apa-apa kelas kenderaan yang dibenarkan dan cara dokumen, plat dan tanda tersebut dibawa;
(d)
penentuan bilangan penumpang yang sesuatu kenderaan perkhidmatan awam atau sesuatu kenderaan sewa dan pandu dibina atau disesuaikan untuk membawanya dan bilangan yang boleh dibawa;
(e)
pembawaan bagasi penumpang dan barangan (termasuk bungkusan) di dalam kenderaan perkhidmatan awam;
(f)
kelengkapan yang akan dibawa oleh sesuatu kenderaan perkhidmatan awam;
(g)
jenis meter teksi yang boleh dibenarkan, pengehadan penggunaannya dan kawalan ke atas ujian, pembaikan dan penyenggaraan meter teksi;
(h)
pembawaan penumpang di dalam kenderaan barangan;
(i)
pemberian lesen vokasional, tatacara permohonan bagi lesen tersebut, syarat yang disertakan kepadanya, dan fi yang akan dicaj dan cara pembayaran mengenainya;
212 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(j)
ujian terhadap pemohon lesen pemandu kenderaan perkhidmatan awam;
(k)
kelakuan orang yang memegang lesen vokasional dan cara pengenalan untuk dipakai oleh mereka;
(l)
kelakuan orang yang diambil kerja dalam atau berkaitan dengan kenderaan perkhidmatan awam, kelakuan penumpang yang menaiki, dalam perjalanan di dalam atau menurun sesuatu kenderaan perkhidmatan awam dan kelakuan bakal penumpang yang sedang menunggu untuk menaiki kenderaan perkhidmatan awam;
(m)
pemindahan daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam mana-mana orang yang melanggar kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan (l);
(n)
menghendaki seseorang penumpang dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam yang semunasabahnya disyaki oleh pemandu atau konduktornya melanggar kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan (1)
supaya memberikan nama dan alamatnya kepada seseorang pegawai polis atau kepada pemandu, konduktor atau pemeriksa tiket apabila dituntut;
(o)
menghendaki seseorang penumpang dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam supaya mengisytiharkan, jika diminta sedemikian oleh pemandu, konduktor atau pemeriksa tiket akan perjalanan yang dia bermaksud melalui atau telah melalui, dalam kenderaan itu, supaya membayar tambang bagi keseluruhan perjalanan tersebut dan supaya menerima apa-apa tiket yang diuntukkan baginya;
(p)
menghendaki, jika tuntutan dibuat bagi maksud itu oleh pemandu, konduktor atau orang lain yang diberi kuasa oleh pemegang lesen bagi suatu kenderaan perkhidmatan awam, pengemukaan ketika di dalam perjalanan itu dan penyerahan balik di akhir perjalanan, oleh pemegangnya, akan apa-apa tiket yang dikeluarkan kepadanya;
Pengangkutan Jalan 213
(q)
menghendaki seseorang penumpang dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, jika dikehendaki sedemikian oleh pemandu atau konduktor, supaya meninggalkan kenderaan apabila tamat perjalanan bagi tambang yang telah dibayar olehnya;
(r)
menghendaki penyerahan balik oleh pemegang, apabila habis tempoh atau berakhir perjalanan yang dikeluarkan baginya, tiket yang dikeluarkan kepadanya;
(s)
mengawal selia permintaan, pemungutan dan penyimpanan caj jalan bagi kenderaan motor, termasuk tatacara dan perkara yang berkaitan dengan permintaan, pemungutan dan penyimpanan caj sedemikian.
(2)
Apa-apa kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa Menteri untuk meminda jadual