Malaysia legislation
Section 128
Seksyen 128
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
(2)
Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan sesuatu keputusan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan masih belum selesai sebelum apa-apa pihak berkuasa atau mahkamah atau apabila apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu telah terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak merayu yang terakru hendaklah diteruskan atau diadakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini seolah-olah berkenaan dengan keputusan di bawah Akta ini, tertakluk pada segala arahan yang pihak berkuasa atau mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyifatkannya layak atau suai manfaat untuk memberi dalam perkara itu.
Kuasa
Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan, dsb.