Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pengarah hendaklah—
(a)
bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak
Akta ini;
(b)
bahawa apa-apa maklumat yang diberi kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu palsu, tidak betul atau mengelirukan;
(c)
bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna; atau
(d)
bahawa berat, dimensi, ciri-ciri, pembinaan, warna, butir-butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya.
(2)
Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pengarah sesuatu kawasan pendaftaran secara bertulis akan apa-apa hal keadaan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor, dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu.
(2A)
Pemunya berdaftar hendaklah, dalam hal pertukaran casis sesuatu kenderaan motor, mendapatkan kelulusan terdahulu Ketua Pengarah sebelum pertukaran itu.
(3)
Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah, apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat demikian—
(a)
dengan serta-merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan
(b)
dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada
Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
(4)
Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa, ditimbang atau diukur di bawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3), Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar.
(5)
Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan.
Tatacara mengenai pertukaran milikan kenderaan motor