Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
pemunya berdaftar hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pertukaran milikan itu, mengemukakan kepada
Pengarah sesuatu kawasan pendaftaran, suatu penyata dalam borang yang ditetapkan, dan hendaklah menyerahkan kepada pemilik baharu atau pemunya baharu perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu dan, melainkan jika dia menyerahkan balik lesen di bawah seksyen 19, lesen tersebut;
(b)
pemilik baharu atau pemunya baharu hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pertukaran milikan itu, mengemukakan kepada Pengarah itu suatu penyata dalam borang yang ditetapkan bersama dengan perakuan pendaftaran dan fi yang ditetapkan; dan
(c)
kenderaan motor itu tidak boleh digunakan selama lebih dari tujuh hari selepas pertukaran milikan itu melainkan pemilik baharu atau pemunya baharu itu didaftarkan sebagai pemunyanya dan, jika lesen telah diserahkan balik oleh pemunya berdaftar, kenderaan itu tidak boleh
Pengangkutan Jalan 37
digunakan sehingga pemilik baharu atau pemunya baharu itu telah mengambil suatu lesen yang baharu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai dalam hal di mana pertukaran milikan itu adalah berikutan daripada suatu kontrak penyewaan dan tempoh penyewaan itu tidak melebihi sebulan.
(2)
Apabila sesuatu kenderaan motor ditukar milikan selain pindah milik secara sukarela yang dibuat oleh pemunya berdaftar—
(a)
pemunya berdaftar kenderaan motor itu hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pertukaran milikan itu, menyerahkan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu kepada orang dalam milikan siapa kenderaan itu telah berpindah, dan hendaklah secara bertulis memberitahu Pengarah bagi sesuatu kawasan pendaftaran akan pertukaran milikan itu;
(b)
jika perakuan pendaftaran itu diserahkan demikian, orang yang dalam milikannya kenderaan motor itu telah berpindah hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas pertukaran milikan itu, mengemukakan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu dan hendaklah memohon kepada
Pengarah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemunya baharu yang menggantikan pemunya berdaftar itu;
(c)
jika seseorang Pengarah berpuas hati bahawa perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu belum diserahkan di bawah perenggan (a) kepada orang yang dalam milikannya kenderaan motor itu telah berpindah, dan orang tersebut adalah berhak memiliki kenderaan motor itu,
Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh orang tersebut dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada orang itu suatu salinan pendua perakuan pendaftaran itu; dan
(d)
orang yang dalam milikannya sesuatu kenderaan motor itu telah berpindah hendaklah, setelah membuat permohonan yang ditetapkan dan setelah dibayar fi yang ditetapkan dan juga setelah mengemukakan kepada
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
Pengarah akan perakuan pendaftaran atau salinan penduanya, berhak supaya didaftarkan sebagai pemunya baharu bagi kenderaan motor itu.
(3)
Apabila seseorang pemunya baharu bagi sesuatu kenderaan motor didaftarkan, Pengarah hendaklah membuat perubahan yang perlu dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu, dan hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran yang telah diubah itu kepada pemunya baharunya:
Dengan syarat bahawa Pengarah boleh, jika difikirkannya suai manfaat untuk berbuat demikian, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran baharu sebagai ganti perakuan pendaftaran yang telah diubah itu.
Pertukaran milikan interim kenderaan motor