Malaysia legislation

Section 13A

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 13A

(2)

Pengarah hendaklah, apabila menerima permohonan dan bayaran fi di bawah subseksyen (1), membuat catatan yang perlu dalam daftar yang berhubungan dengan pertukaran milikan interim itu.

(3)

Pertukaran milikan interim hendaklah berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

(4)

Sekiranya peniaga tidak dapat menjual kenderaan motor itu kepada mana-mana orang selepas tamat tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), peniaga itu hendaklah didaftarkan sebagai pemunya baharu kenderaan motor itu.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), Pengarah hendaklah membuat perubahan yang perlu dalam daftar dan perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor itu dan hendaklah

Pengangkutan Jalan 39

menyerahkan perakuan pendaftaran yang telah diubah itu kepada peniaga itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “peniaga” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau suatu perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956 [Akta 197] yang menjalankan urus niaga kenderaan motor terpakai.

Memperagakan nombor pendaftaran