Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 17

(a)

perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor yang dinyatakan dalam permohonan itu dikemukakan dan butir-butir yang terkandung di dalam permohonan itu adalah serupa dengan butir-butir bersamaan yang terkandung dalam perakuan pendaftaran itu;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(b)

butir-butir pengenal kenderaan motor itu, termasuk nombor enjin dan casis, kekal terang, jelas dan tidak diusik dan adalah serupa dengan butir-butir bersamaan yang terkandung dalam perakuan pendaftaran itu;

(ba) dalam hal permohonan melalui cara elektronik, perincian yang berkenaan dengan perakuan pendaftaran kenderaan motor itu dikemukakan dengan sewajarnya atas talian;

(bb) berhubung dengan suatu kelas atau kategori kenderaan motor yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala di bawah Bahagian IIA, perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 66C dikemukakan;

(c)

fi yang ditetapkan telah dibayar; dan

(d)

dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan

Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan 1987:

Dengan syarat bahawa perenggan (b) tidak terpakai bagi kenderaan motor elektrik yang tidak ada nombor enjin.

(e)

(Dipotong oleh Akta A891).

(1A)

(Dipotong oleh Akta A891).

(2)

Seseorang Pengarah boleh enggan memberi suatu lesen kenderaan motor atau suatu lesen perdagangan motor atau boleh membatalkan atau menggantung bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan suatu lesen kenderaan motor atau suatu lesen perdagangan motor yang telah diberi jika, selepas memberi pemunya peluang membuat apa-apa representasi yang dia mungkin hendak membuat, Pengarah itu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa kenderaan motor yang tersebut dalam lesen itu atau yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi sesuatu maksud yang menyalahi undang-undang atau dengan cara yang menyalahi undang-undang, dan apabila berbuat demikian hendaklah

Pengangkutan Jalan 43

mengendorskan perakuan pendaftaran bagi kenderaan motor itu dengan sewajarnya.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), penggunaan mana-mana kenderaan motor yang mengakibatkan perlanggaran mana-mana syarat yang dikenakan pada sesuatu lesen di bawah Akta Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

atau mana-mana syarat berkanun yang dinyatakan di dalamnya hendaklah disifatkan sebagai menggunakan kenderaan itu dengan cara yang menyalahi undang-undang.

(4)

Kecuali jika tempoh penggantungan lesen itu tidak melebihi satu bulan, mana-mana orang yang menjadi pemegang sesuatu lesen kenderaan motor atau lesen perdagangan motor yang terkilan dengan penggantungan lesen itu oleh Pengarah di bawah subseksyen (2) boleh, dalam masa empat belas hari dari penggantungan itu oleh Pengarah, merayu kepada Ketua

Pengarah dan atas rayuan itu Ketua Pengarah, selepas apa-apa siasatan, jika ada, yang difikirkannya patut, boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil dan mana-mana perintah yang dibuat sedemikian hendaklah mengikat Pengarah dan perayu.

(5)

Jika Pengarah enggan memberi sesuatu lesen atau membatalkan sesuatu lesen di bawah subseksyen (2), dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah tentang keengganan atau pembatalan itu dan menyatakan alasan mengenainya; dan Ketua Pengarah hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan atau keengganan itu, memberitahu pemunya berdaftar kenderaan motor itu bahawa dia mengesahkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pembatalan atau keengganan itu.

(6)

Mana-mana orang yang menjadi pemohon atau pemegang suatu lesen kenderaan motor yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah kerana enggan memberi atau membatalkan lesen itu, boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh pengesahan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri, dan atas rayuan itu

Menteri, selepas menjalankan apa-apa siasatan, jika ada, yang difikirkan perlu, boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut, dan apa-apa perintah yang dibuat sedemikian hendaklah mengikat

Ketua Pengarah dan perayu.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(7)

Subseksyen (6) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang memperoleh sesuatu kenderaan motor selepas perakuan pendaftaran kenderaan itu telah diendorskan mengikut subseksyen (2).

(8)

Jika lesen berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor telah ditolak atau dibatalkan di bawah subseksyen (2), Pengarah boleh enggan memberi suatu lesen lagi bagi kenderaan itu selama tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh pembatalan itu, dan subseksyen (5) dan (6) tidak terpakai dalam keadaan keengganan itu.

Efek mengubah kenderaan ke atas lesen

Section 17 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my