Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Apabila sesuatu kenderaan motor yang berkenaan dengannya suatu lesen kenderaan motor telah diberikan diubah, selepas lesen itu diberikan, dengan apa-apa cara yang menyebabkan kenderaan motor itu menjadi suatu kenderaan motor yang berkenaan dengannya suatu lesen dengan fi yang lebih tinggi atau suatu lesen daripada kelas yang lain dikehendaki, lesen itu, sebelum kenderaan yang diubah itu digunakan, adalah tidak sah tetapi pemegang lesen, apabila menyerahkan balik lesen dan memberi butir-butir yang ditetapkan, adalah berhak menerima suatu lesen baharu bagi kenderaan motor itu, dan lesen itu hendaklah berkuat kuasa selama tempoh lesen yang diserahkan itu sepatutnya berkuat kuasa jika lesen itu tidak diserahkan, apabila dibayar apa-apa amaun, jika ada, yang merupakan perbezaan antara amaun yang kena dibayar bagi lesen yang baharu dengan amaun yang dibayar balik, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 19 bagi lesen yang diserahkan balik itu.