Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Sesuatu lesen pelawat—
(a)
hendaklah dinyatakan sebagai habis tempohnya tidak lewat dari sembilan puluh hari dari tarikh kenderaan itu tiba di Malaysia dan tidak boleh diperbaharui;
(b)
tidak boleh diberi bagi sesuatu traktor berat, kenderaan barangan atau kenderaan perkhidmatan awam;
(c)
tidak boleh diberi melainkan Pengarah berpuas hati bahawa perhubungan dengan penggunaan kenderaan motor itu terdapat suatu perakuan, polisi insurans atau perakuan jaminan yang mematuhi kehendak Bahagian IV;
(d)
tidak boleh diberi bagi sesuatu kenderaan motor yang baginya seksyen 25 terpakai.
(3)
Sesuatu lesen pelawat yang diberi di bawah peruntukan bersamaan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Republik Singapura hendaklah, selagi lesen itu masih berkuat kuasa di negara itu, disifatkan sebagai suatu lesen pelawat yang diberi di bawah seksyen ini.
(4)
Fi bagi suatu lesen yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(5)
Mana-mana orang yang memandu kenderaan motor masuk ke Malaysia tanpa lesen pelawat yang sah melakukan suatu kesalahan.
Lesen perdagangan kenderaan motor