Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 22

(2)

Pemegang sesuatu lesen perdagangan motor yang diberi di bawah seksyen ini tidak berhak menurut lesen itu—

(a)

menggunakan lebih daripada satu kenderaan motor pada sesuatu masa, kecuali bagi sesuatu kenderaan motor yang menarik treler dan digunakan bagi maksud yang ditetapkan; atau

(b)

menggunakan mana-mana kenderaan motor bagi apa-apa maksud selain apa-apa maksud yang ditetapkan.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengelakkan seseorang yang berhak mengambil suatu lesen perdagangan motor daripada memegang dua atau lebih lesen sedemikian.

(4)

Sesuatu lesen perdagangan motor tidak boleh diberi sehingga pemohon telah mengemukakan keterangan, hingga memuaskan hati

Pengarah, bahawa dalam tempoh kesahan lesen itu ada berkuat kuasa sesuatu polisi insurans atau sesuatu jaminan yang mematuhi kehendak Bahagian IV berkenaan dengan penggunaan kenderaan motor mengikut lesen itu.

(5)

Sesuatu lesen perdagangan motor tidak boleh diserah hak atau dipindah milik.

(6)

Subseksyen 17(2) dan (5) terpakai bagi sesuatu lesen perdagangan motor sebagaimana peruntukan itu dipakai bagi sesuatu lesen kenderaan motor.

(7)

Pemegang sesuatu lesen perdagangan motor boleh pada bila-bila masa menyerahkan balik lesen itu kepada Pengarah sesuatu kawasan

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

pendaftaran dan setelah lesen itu diserahkan balik adalah berhak dibayar balik dengan cara rebet apa-apa amaun yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa prosiding bagi mendapatkan rebet itu atau pembayaran balik apa-apa bayaran lebihan bagi sesuatu lesen hendaklah dibawa sebelum habisnya tempoh satu tahun dari tarikh habisnya tempoh lesen itu.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan lain berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor