Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Jika sesuatu lesen telah diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor untuk digunakan bagi sesuatu maksud tertentu, dan kenderaan motor itu pada bila-bila masa dalam tempoh lesen itu berkuat kuasa digunakan bagi suatu maksud yang lain, orang yang menggunakan kenderaan motor itu atau yang menyebabkan atau membenarkan penggunaannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana mahkamah, yang di hadapannya pemegang sesuatu lesen kenderaan motor atau sesuatu lesen perdagangan motor
Pengangkutan Jalan 49
yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, boleh menggantung lesen itu bagi tempoh kesahannya atau bagi suatu tempoh yang lebih singkat dan lesen itu, bersama-sama dengan, dalam hal suatu lesen perdagangan motor, plat yang dikeluarkan berhubungan dengannya, hendaklah kemudiannya diserahkan kepada mahkamah oleh pemegang lesen itu, dan mahkamah hendaklah menghantarkan lesen dan juga plat perdagangan motor itu, jika ada, kepada Pengarah yang mengeluarkan lesen itu, bersama-sama dengan salinan perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.
(4)
Tiada apa-apa rebet boleh dibayar oleh seseorang Pengarah berkenaan dengan apa-apa tempoh yang mana sesuatu lesen kenderaan motor atau sesuatu lesen perdagangan motor telah digantung sedemikian.
(5)
Tiada mahkamah yang boleh ambil tahu mengenai apa-apa prosiding di bawah seksyen ini melainkan jika prosiding itu bermula dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh berlakunya kesalahan itu.
Pelbagai
Mendapat kembali fi