Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 24

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi kehendak notis itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan, selain denda itu, boleh memerintahkan orang itu supaya membayar amaun apa-apa fi yang kena dibayar dan yang masih belum dibayar pada masa sabitan itu, dan apa-apa amaun yang diperintahkan supaya dibayar sedemikian boleh didapatkan kembali menurut undang-undang yang berhubungan dengan mendapat kembali denda; dan apa-apa amaun yang didapatkan kembali

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

sedemikian hendaklah diremitkan oleh mahkamah kepada Pengarah berlesen yang sesuai.

(3)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang

Pengarah yang menyatakan bahawa—

(a)

pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan suatu notis yang menghendaki tertuduh membayar apa-apa amaun fi yang kena dibayar olehnya sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya menurut subseksyen (1); dan

(b)

tertuduh telah gagal mematuhi kehendak itu, hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalamnya.

Perakuan antarabangsa