Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Apabila mana-mana perjanjian antarabangsa bagi memudahkan peredaran antarabangsa kenderaan motor atau bagi melepaskannya daripada cukai telah dipakai di Malaysia, Menteri, bagi maksud menguatkuasakan sesuatu perjanjian sedemikian, boleh membuat kaedah-kaedah—
(a)
bagi pemberian dan pengesahan apa-apa pas perjalanan, perakuan, lesen memandu atau apa-apa kuasa lain yang mungkin berguna kepada orang yang bermastautin di Malaysia apabila membawa sementara kenderaan motor ke luar negeri, atau kepada pemandu yang ke luar negeri dan berhasrat memandu kenderaan motor;
(b)
bagi mengubah suai peruntukan
Akta ini yang berhubungan dengan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor bagi kenderaan motor yang dibawa sementara ke dalam Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negeri dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, dan berhubungan dengan
Pengangkutan Jalan 51
pelesenan pemandu yang memasuki Malaysia bagi maksud memandu mana-mana kenderaan itu;
(c)
bagi membuat peruntukan bahawa mana-mana peruntukan Akta ini, berhubungan dengan kenderaan motor yang dibawa ke dalam Malaysia oleh orang yang tinggal sementara sahaja di Malaysia, hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian sebagaimana ditetapkan;
(d)
bagi membuat peruntukan untuk pengecualian sepenuh atau sebahagiannya, bagi suatu tempoh yang terhad, daripada apa-apa duti import yang kena dibayar mengenai pengimportan sesuatu kenderaan motor, atau daripada apa-apa fi pendaftaran atau apa-apa fi lain yang dikenakan bagi apa-apa kelas atau perihalan kenderaan motor tertentu yang dibawa masuk ke dalam Malaysia oleh orang yang tinggal sementara sahaja di Malaysia;
dan
(e)
pada amnya bagi menguatkuasakan apa-apa perjanjian itu.
Pelesenan Pemandu Motor
Lesen memandu