Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 333
daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “pemegang sesuatu lesen memandu” termasuklah seseorang yang memiliki dan memandu suatu kenderaan motor mengikut suatu lesen yang dikeluarkan dengan sewajarnya oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang sepatutnya yang membenarkan orang itu pada masa menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota Angkatan memandu suatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang dinyatakan dalam lesen itu dan kenderaan itu adalah suatu kenderaan yang menjadi harta Kerajaan atau harta mana-mana
Kerajaan yang Angkatannya berada dengan sah di sisi undang-undang di Malaysia di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa mengawal selia Angkatan pelawat yang berada dengan sah di sisi undang-undang di Malaysia.
Permohonan bagi lesen memandu