Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 27

(2)

Tertakluk pada Bahagian ini mengenai ujian-ujian kekompetenan memandu dan juga mengenai kesihatan jasmani pemohon-pemohon bagi lesen memandu, Pengarah hendaklah, kecuali dalam hal seseorang pemohon yang hilang kelayakan oleh sebab umur atau selainnya sebagaimana disebutkan kemudian daripada ini, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberi suatu lesen memandu kepada mana-mana orang yang memohon mendapatkannya mengikut Akta ini.

(3)

Sesuatu lesen memandu boleh membenarkan pemegangnya memandu apa-apa kelas atau kelas-kelas atau apa-apa jenis atau jenis-jenis dalam apa-apa kelas kenderaan motor, sebagaimana dinyatakan di dalam lesen itu oleh Ketua Pengarah atau Pengarah.

(4)

Jika di bawah Bahagian ini, pemohon tertakluk pada apa-apa sekatan berkenaan dengan hal memandu sesuatu kelas kenderaan motor, maka had sekatan itu hendaklah dinyatakan mengikut cara yang ditetapkan pada lesen memandu itu.

Pengangkutan Jalan 53

(5)

Tertakluk pada Akta ini berkenaan dengan lesen belajar memandu, sesuatu lesen memandu hendaklah, melainkan jika terdahulunya telah dibatalkan atau diserahkan balik, terus berkuat kuasa bagi sesuatu tempoh yang tidak kurang dari dua belas bulan dari tarikh lesen itu diberikan.

(6)

Tertakluk pada mana-mana kaedah di bawah Akta ini, seseorang hendaklah dihilangkan kelayakannya daripada mendapatkan suatu lesen memandu—

(a)

semasa suatu lesen memandu lain yang diberikan kepadanya di Malaysia atau di Republik Singapura masih berkuat kuasa, sama ada atau tidak lesen itu digantung;

(b)

jika dengan sabitan di bawah Bahagian ini atau dengan suatu, perintah mahkamah di Malaysia atau di Republik

Singapura, dia telah dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu;

(c)

selama tempoh dua belas bulan dari tarikh pembatalan lesen memandu di bawah seksyen 35, 35A, 41, 42, 43, 44,

45, 45A, 45B atau 45C.

(7)

Dalam apa-apa prosiding, hakikat bahawa sesuatu lesen memandu telah diberikan kepada seseorang hendaklah menjadi keterangan bahawa orang itu bagi maksud memperoleh lesen memandu tersebut telah membuat suatu akuan bahawa dia tidak dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu itu.

(8)

Jika mana-mana orang terkilan dengan keengganan seseorang

Pengarah untuk memberi suatu lesen memandu, atau dengan pembatalan sesuatu lesen memandu di bawah subseksyen 30(4), dia boleh, selepas memberi Pengarah empat belas hari notis tentang cadangannya hendak berbuat demikian, merayu kepada Menteri, dan atas apa-apa rayuan sedemikian Menteri boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut dan apa-apa perintah yang dibuat sedemikian hendaklah mengikat Pengarah.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

Daftar pemegang lesen memandu

Section 27 — ROAD TRANSPORT ACT 1987 | mylaw.my