Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Seksyen 29

Ujian kekompetenan memandu

(a)

memegang lesen memandu percubaan selama tempoh dua tahun dan membuat permohonan dalam tempoh satu tahun selepas habis tempoh itu;

(b)

dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh dia membuat permohonan itu memegang sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa kompeten di

Malaysia atau di

Republik

Singapura yang membenarkannya memandu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang dia dibenarkan memandu, mengikut lesen memandu yang dipohonnya itu untuk memandu; atau

Pengangkutan Jalan 55

(c)

dalam tempoh tiga tahun sebelum tarikh dia membuat permohonan itu memegang suatu lesen yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa kompeten di mana-mana negara lain yang membenarkannya memandu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang dia dibenarkan memandu, mengikut lesen memandu yang dipohonnya itu untuk memandu, dan bahawa ujian kekompetenan memandu yang setanding dengan ujian yang ditetapkan di bawah Akta ini ada berkuat kuasa di negara itu:

Dengan syarat bahawa perenggan (a), (b) atau (c) tidak terpakai bagi mana-mana anggota Angkatan Malaysia, yang ada memiliki suatu lesen memandu yang sah yang dikeluarkan dengan sewajarnya oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang sepatutnya yang membenarkan pada masa menjalankan tugasnya memandu kenderaan-kenderaan motor daripada kelas atau perihalan yang dia dibenarkan memandu; dan orang itu berhak mendapat suatu lesen memandu bagi kelas atau perihalan kenderaan itu apabila membuat permohonan dan dengan membayar fi yang ditetapkan.

(1A)

Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

(2)

Bagi maksud membolehkan seseorang belajar memandu sesuatu kenderaan motor dengan tujuan hendak lulus sesuatu ujian di bawah seksyen ini, Pengarah boleh, tertakluk kepada seksyen 27, memberikannya suatu lesen belajar memandu.

(3)

Sesuatu lesen belajar memandu hendaklah mengikut borang yang ditetapkan, hendaklah diberikan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan sah selama tempoh yang ditetapkan.

(4)

Jika mana-mana orang yang telah diberikan suatu lesen belajar memandu gagal mematuhi mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu diberikan dia melakukan suatu kesalahan.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(4A)

Jika seseorang yang memegang lesen belajar memandu lulus ujian kekompetenan yang ditetapkan,

Pengarah hendaklah memberinya lesen memandu percubaan dan lesen itu hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan hendaklah sah selama dua tahun.

(4B)

Subseksyen (4A) tidak terpakai kepada pemohon yang memegang lesen memandu, selain lesen belajar memandu, daripada kelas atau perihalan yang lain.

(4C)

Jika mana-mana orang yang kepadanya lesen memandu percubaan diberikan gagal mematuhi mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya lesen itu diberikan, dia melakukan suatu kesalahan.

(5)

Mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 42 atau 43 boleh, sama ada atau tidak dia dahulunya telah lulus ujian kekompetenan yang ditetapkan, dan sama ada atau tidak mahkamah itu membuat suatu perintah menghilangkan kelayakan orang itu daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen untuk memandu suatu kenderaan motor, memerintahkan supaya orang itu dihilangkan kelayakannya daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu, selain suatu lesen belajar memandu, sehingga dia, sejak tarikh perintah itu, lulus suatu ujian kekompetenan memandu.

(6)

Peruntukan Akta ini yang berkuat kuasa jika suatu perintah menghilangkan kelayakan seseorang daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu dibuat hendaklah berkuat kuasa berhubungan dengan suatu kehilangan kelayakan menurut suatu perintah di bawah seksyen ini tertakluk kepada pengubahsuaian yang berikut:

(a)

walau apa pun terkandung dalam subseksyen 27(6) atau subseksyen 32(3), orang yang dihilangkan kelayakan itu

(melainkan jika dia dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu, selain menurut suatu perintah di bawah seksyen ini) adalah berhak mendapat dan memegang suatu lesen belajar memandu yang akan diberikan (jika orang yang dihilangkan kelayakan itu adalah pemegang sesuatu lesen memandu, oleh Pengarah

Pengangkutan Jalan 57

yang memberikan lesen memandu itu) di bawah subseksyen (2), dan memandu sesuatu kenderaan motor mengikut syarat yang tertakluk kepadanya lesen belajar memandu itu diberikan;

(b)

kehilangan kelayakan itu hendaklah disifatkan sebagai telah habis tempohnya apabila Pengarah berpuas hati bahawa orang itu, semenjak perintah itu dibuat, telah lulus ujian yang ditetapkan;

(c)

apabila seseorang yang dihilangkan kelayakan dikembalikan kepadanya sesuatu lesen memandu yang dipegang olehnya, atau apabila sesuatu lesen diberikan kepadanya, maka hendaklah ditambahkan kepada butir-butir yang diendorskan suatu pernyataan bahawa orang yang dihilangkan kelayakan itu, sejak perintah itu dibuat, telah lulus ujian yang ditetapkan.

Peruntukan mengenai kesihatan jasmani pemohon bagi lesen memandu dan pemegangnya